Potensi Portable Table Screw (PTS) untuk Program Intervensi Awal di Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM), Melaka
Main Article Content
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan Portable Table Screw (PTS), satu produk inovasi untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan penumpuan kanak-kanak autisme dalam pembelajaran. PTS dirancang sebagai alat bantu mengajar yang menarik, selamat, dan menyeronokkan, sesuai untuk kanak-kanak autisme berusia 5-10 tahun dalam Program Intervensi Awal (EIP) di NASOM, Melaka. Produk ini menawarkan aktiviti seperti memasang dan membuka skru, bolt L, kunci, bolt pencangkuk, dan bolt biasa.Kemahiran motor halus sangat penting bagi kehidupan harian kanak-kanak autisme, contohnya mengikat tali kasut atau memutar tombol pintu. Kajian ini turut mengaplikasikan pendekatan Applied Behavioral Analysis (ABA) untuk memahami tahap fokus kanak-kanak semasa sesi pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan pemerhatian, kajian mendapati PTS mampu memperbaiki kemahiran motor halus serta meningkatkan kadar penumpuan mereka.Kesimpulannya, penggunaan PTS memberikan impak positif kepada proses pembelajaran kanak-kanak autisme, khususnya di NASOM Melaka. Ia bukan sahaja bermanfaat untuk kanak-kanak tetapi juga menyumbang kepada komuniti autisme, termasuk keluarga dan tenaga pengajar. PTS berpotensi menjadi alat penting dalam mendukung perkembangan kanak-kanak autisme melalui pendekatan yang menyeronokkan dan berkesan.
Downloads Statistics
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License. Any further distribution of this work must maintain attribution to the author(s) and the title of the work, journal citation and DOI.
References
Anne Greig, Jayne Taylor & Tommy Mackay. (2013). Doing research with children: A practical guide. Los Angeles: Sage Publication
Chandramogan Ramaian & Dr.Mohd Zuri Ghani (2018).Autisme.Universiti Sains Malaysia(USM).Pulau Pinang.
Dick Swaab (2014). We are our brains:From the womb to alzheimer‟s. United Kingdom: Penguins Books, Franken, R.E. (2007). Human motivation. U.S.: Thompson Wadsworth
Erni Marlina Saari, Nor Azah Abdul Aziz, Roznim Mohamad Rasli, Mazlina Che Mustafa & Sopia Md Yassin, Early Childhood Education of Children with Special Needs in Malaysia:A Focus on Current Issues, Challenges, and Solutions. World Journal of English Language Vol. 12, No. 2; 2022
Howlin, P., & Clements, J. (1995). Is it possible to assess the impact of abuse on children with pervasive developmental disorders? Journal of Autism and Developmental Disorders, 25 (4), 337–354.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Penyelidikan kualitatif dalam sains sosial. Kursus Penyelidikan Kualitatif, 1, 1–11.Koegel, L. K., Singh, A. K., & Koegel, R. L. (2010). Improving Motivation for Academics in Children with Autism. Journal of Autism and Developmental Disorders, 40(9), 1057– 1066. http://doi.org/10.1007/s10803-010-0962-6
Mahfuzah Zainol and Rosadah Abd Majid, “Pelaksanaan terapi carakerja demi penguasaan kemahiran motor halus bagi murid berkeperluan khas di sekolah,” J. Spec. Needs Educ., vol. 3,pp. 81–91, 2013, Accessed: Jun. 23, 2022. [Online]. Available:
https://journal.nase.org.my/index.php/jsne/article/view/55/55
Norfarhada Binti Mohd Yusof (2017).Penggunaan Aktivti Psikomotor Dalam Terapi Cara Kerja Untuk Membantu Murid Autistik Berinteraksi Sosial.Universiti Pendidikan Sultan Idris.Perak.
Nur Diyanah Hasan & Syaza Hazwani Zaini(2021).Penerapan Kemahiran Sosial Terhadap Kanak-kanak Melalui Aktiviti Main Peranan.Universiti Pendidikan Sultan Idris.Perak.
Paul Kleinman. (2014). The science of the mind :Psychology facts and basics. U.S.A.: Advance quest publication.
Staples, K. L., & Reid, G. (2009). "Fundamental Movement Skills and Autism Spectrum Disorders." Journal of Autism and Developmental Disorders.
PDF
https://doi.org/10.32487/nuce.v3i2.610